Posts

Showing posts from April, 2021

53) cara untuk jadi konsisten dalam berusaha (bahagian 1)

     Terdapat pelbagai cara untuk jadi konsisten dalam berusaha. Dalam tajuk ini kita akan mengupas satu demi satu cara untuk jadi konsisten dalam berusaha.       Antara caranya ialah dengan melatih diri kita untuk melakukan sesuatu usaha sedikit demi sedikit setiap hari. Sebagai contoh, usaha yang dapat kita lakukan ialah belajar. Cuba belajar setiap hari 15 minit. 15 minit ialah durasi yang tidaklah terlalu lama bagi saya. Cuba belajar selama 15 minit sehari setiap hari. Kemudian pada minggu kedua hari kemudian tambah lagi 15 minit menjadikan jumlah masa yang perlu dipelajari ialah 30 minit. Pada minggu kedua, naikkan masa pembelajaran selama 30 minit. Ulangi proses ini sehingga anda mencapai jumlah masa belajar yang maksimum dalam satu hari tanpa mengganggu masa tidur dan pengurusan diri.      Cara seterusnya ialah dengan menjadualkan aktiviti seharian kita. Dengan mencipta dan merancang jadual seharian, kita sebenarnya te...

65) cara saya menulis blog (bahagian 1)

     Assalamualaikum. Hari ini saya akan bercerita tentang cara saya menulis blog. Setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri. Justeru, cara saya ini mungkin sesuai untuk saya atau sesetengah orang sahaja. Namun jika cara saya saya sesuai untuk semua atau kebanyakan orang maka bagi saya cara saya adalah agak universal. Saya juga gembira jika ramai orang menggunakan cara saya. Saya rasa dihargai sangat.       Saya menulis blog dengan menggunakan telefon pintar saya buat masa ini. Ini adalah kerana saya banyak menggunakan telefon berbanding komputer saya. Saya agak lebih suka menggunakan telefon bimbit kerana ianya bersifat lebih mudah alih berbanding komputer. Ini adalah kerana telefon bimbit bersaiz lebih kecil berbanding komputer. Justeru, telefon bimbit lebih mudah dibawa ke mana-mana. Saya juga selalu menggunakan telefon bimbit. Saya sering membawa telefon kemana-mana sahaja. Saya akan menulis blog berkenaan dengan penggunaan telefon dala...

95) Kehidupan seorang blogger ( bahagian 2)

    Abang saya sendiri telah meminta saya untuk menulis untuk bahagian yang kedua. Saya telah membaca bahagian 1. Saya dapati bahawa tulisan saya itu agak pendek. Tidak banyak info yang diberikan justeru saya akan sambung menulis tentang tajuk ini sekali lagi. Namun saya dengan harapnya tidak mengulangi isi yang berada di bahagian sebelum ini. Saya sangat berharap agar abang saya dan kalian membaca tulisan saya pada kali ini.      Sebagai penulis blog, saya sememangnya menghabiskan masa yang tidak terlalu lama untuk menulis blog. Boleh dikatakan bahawa saya selalunya mengambil masa selama 30 minit untuk menulis blog atau lebih lama. Samada saya mempunyai idea atau tidak saya tetap akan menulis. Namun jika saya ada pelbagai idea untuk menulis, saya akan menghabiskan lebih masa untuk menulis blog. Kadang-kadang pula saya menghabiskan masa yang lebih dari biasa. Justeru, tidak dapat dijangka sangat berapa lama saya habiskan masa untuk menulis blog.  ...

62) kerja korean speaker ( bahagian 1)

Jadi, tulisan saya pada kali ini ingin menceritakan tentang pekerjaan korean speaker .gaji yang ditawarkan adalah agak tinggi iaitu sekurang-kurangnya Ringgit Malaysia 4000. Kawan saya juga memberitahu bahawa kalau nak demand gaji atleast 4k sebab bawah daripada itu adalah dikira terlalu rendah. Kawan saya beritahu saya sebab saya pernah memuat naik status di platform Linkedin yang saya ingin mencari pekerjaan. Mungkin ada kerja korean speaker yang menawarkan gaji yang rendah, namun bilangannya tidak banyak. Sebenarnya saya pernah menjumpai kerja tersebut yang menawarkan gaji yang rendah, namun saya tidak pasti "job scope"nya macam mana. Tak silap saya pekerjaan tersebut adalah sebagai chat support tak silap saya. Ianya menawarkan gaji sebanya lebih kurang 9000 ringgit malaysia setahun. Bahagi 12 untuk mendapatkan gaji sebulan iaitu 750 ringgit malaysia sahaja. Adakah pekerjaan yang ditawarkan terbabit berbaloi? Pada saya, saya tidak mampu untuk memberikan pendapat yang tepa...

93) Pengalaman saya bergotong royong memasak bubur lambuk (bahagian 1)

Pada 20 April 2021, pihak pengurusan giat mara kluang telah bersetuju untuk melaksanakan aktiviti memasak bubur lambuk. Justeru pada hari terbabit kami, pelajar dan tenaga pengajar telah bertungkus lumus untuk memasak bubur lambuk.      Aktiviti bermula pada pukul 8 pagi sebaik sahaja selepas perbarisan harian tamat. Semua pelajar berbaris di tingkat 3 di bangunan giatmara setiap hari pada bulan ramadhan. Bilik kuliah terletak di tingkat tersebut. Semalamnya barang-barang telah diangkut dari tingkat 1 ke tingkat 3 untuk digunakan. Apabila sudah digunakan peralatan-peralatannya disimpan di dalam bilik kuliah.      Kami memasak bubur lambuk di tingkat pertama (tingkat paling bawah) berdekatan dengan kantin. Tangga berhampiran dengan kantin telah dibuka untuk memudahkan pergerakan pelajar dan tenaga pengajar untuk turun dan naik tangga.      Setelah bubur lambuk siap dimasak, makanan terbabit diagihkan kepada para pelajar. Kemu...

92) Pengalaman saya bergotong royong menyediakan bahan-bahan bagi memasak bubur lambuk (bahagian 1)

     Hari ini saya bakal bergotong royong menyediakan bahan-bahan bagi memasak bubur lambuk. Jadi saya akan menceritakan pengalaman saya. Pada pagi tadi, kami ( pelatih giatmara) dimaklumkan bahawa aktiviti gotong-royong bakal dilaksanakan bersama pada pukul 10 pagi hari itu.      Saya membawa pisau dan papan pemotong ke giat mara. Emak saya lah yang telah membantu saya untuk menyediakan peralatan memasak terbabit. Pisau saya mempunyai sarung sebagai langkah-langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kecederaan daripada berlaku. Namun, saya terlupa bahawa pisau itu berada di dalam beg saya. Saya tidak menggunakannya langsung.      Para pelajar dan tenaga pengajar bergabung tenaga bergotong-royong menyediakan bahan untuk memasak bubur lambuk. Antara pekerjaan yang dilakukan ialah memotong bawang, daun ketumbar dan sebagainya.      Pada pagi tersebut, saya ada masuk bilik kuliah namun cikgu memanggil untuk kami (pel...

74) Adakah saya keyboard warrior? ( bahagian 1)

Assalamualaikum. Jadi hari ini saya bakal membincangkan tajuk " Adakah saya keyboard warrior?". Terus terang jawapannya ialah bukan. Ini adalah kerana definisi istilah terbabit tidak kena dengan cara pembawakkan saya di alam maya. Sebenarnya berdasarkan kajian singkat yang telah saya lakukan, istilah " keyboard warrior " ini adalah suatu istilah yang sangat negatif bagi saya. Sebelum saya lakukan kajian ini, saya ingatkan bahawa saya adalah seorang " keyboard warrior " namun setelah mengetahui definisi istilah terbabit saya bertukar fikiran. Saya bukanlah seorang " keyboard warrior". Saya tidak melakukan perkara yang negatif di laman sesawang ataupun internet. Saya hanya menyebarkan manfaat berbentuk kata-kata positif dan sebagainya kepada orang ramai. Walaupun saya banyak banyak menggunakan keyboard secara aktif, namun saya bukanlah " keyboard warrior ". Kepada semua orang di sana jauhkanlah diri anda dari menjadi seorang " keyboa...

72) Pengalaman belajar di korea ( bahagian 2 )

Assalamualaikum. Hari ini saya akan menyambung cerita saya dari bahagian 2. Saya ketika di Seoul National University, saya tinggal di rumah sewa dan bukannya di asrama SNU ( Seoul National University ) ya. Rumah sewa saya tidaklah begitu jauh dari SNU. Kedudukan rumah sewa hanyalah berhampiran dengan SNU. Harga sewa rumah adalah agak mahal. Kami sebenarnya tinggal di dalam rumah yang agak kecil bagi saya. Kami juga berkongsi bilik. Ini bermaksud bahawa 2 orang pelajar tinggal di satu bilik. Terdapat dapur, mesin basuh, meja belajar dan tempat tidur di rumah kami. Saya pun tak seberapa nak tahu sama ada nak panggil ia rumah ataupun bilik. Bagi pendapat saya juga ianya boleh dipanggil sebagai "oneroom ( 원룸 ) ". Jadi apakah itu "oneroom"? "Oneroom" sebenarnya adalah sebuah rumah mini yang tinggal oleh selalunya seorang penghuni sahaja. Setahu saya itulah definisinya. Kami sebagai pelajar SNU, kami menaiki bas, taxi, basikal atau berjalan kaki sahaja. Tak sila...

4) Pengalaman belajar di korea ( bahagian 1 )

Assalamualaikum. Hari ini saya akan berkongsikan tentang pengalaman saya belajar di korea. Dalam tulisan ini saya juga akan menulis tentang pengalaman saya hidup di korea selatan. Seperti semua orang, saya juga teringin untuk berada di luar negara. Justeru, saya telah membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran saya di korea selatan. Mengapa saya memilih korea selatan? Ini adalah kerana disebabkan persaingan sengit yang bakal berlaku antara pelajar-pelajar yang menduduki spm. Mestilah ramai yang akan mendapat keputusan cemerlang. Justeru, saya mengambil keputusan untuk tidak memilih negara-negara yang disasar oleh pelajar yang lebih cemerlang daripada saya iaitu negara eropah dan amerika selatan antaranya. Saya mula belajar di korea selatan pada tahun 2015 iaitu dengan mengambil kursus Foundation. Nama Foundation saya sebenarnya saya tidak ingat sebab tiada nama khusus untuknya jika saya tidak silap. Mengetahui nama kursus yang saya ambil bagi saya adalah tidaklah begitu penting. Say...

71) Kehidupan seorang blogger ( bahagian 1)

Assalamualaikum. Hari ini saya akan bercerita tentang kehidupan seharian saya sebagai seorang penulis blog atau dalam bahasa inggeris dikenali sebagai "blogger". Saya sudah berkecimpung dalam industri ini selama kurang daripada 1 bulan. Justeru, pengalaman saya adalah sedikit sahaja namun saya berasa bahawa pengalaman yang bakal saya kongsikan adalah berguna untuk manfaat semua. Selamat membaca! Saya tidaklah begitu sibuk dalam kehidupan seharian saya. Saya rasa lah begitu. Wallahualam. Mengapa saya kata begitu? Ini adalah kerana walaupun saya menulis blog hampir setiap hari, namun saya tetap mempunyai masa untuk berehat yang saya rasakan cukup. Itu sahaja untuk saya hari ini

70) Penambahbaikan blog saya ( bahagian 1 )

Assalamualaikum. Hari ini saya bakal bercerita tentang penambah baikan yang bakal saya lakukan untuk blog saya. Seperti yang anda ketahui, setiap blog yang saya lakukan tidak mempunyai gambar mahupun video. Bab video itu saya tak tahu lah samada boleh diletakkan di blog atau tidak. Nanti saya belajar ya bab itu. Saya akan mengambil lebih gambar yang bakal saya gunakan bagi memeriahkan lagi blog saya. Agar semua pembaca blog saya lebih kerap untuk datang ke blog saya dan membaca blog saya. Saya buat apa yang termampu dahulu. Kemudian apabila ada masa saya akan gunakan masa terbabit untuk menaik taraf blog saya buat manfaat semua. Jika anda ada pandangan yang baik bagi menambah baik blog ini, sila tuliskan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Saya dan kumpulan saya akan membaca setiap komen yang anda berikan. Insya Allah. Dan saya juga berharap agar anda yang membaca blog ini mendoakan kemajuan blog ini. Doakan ya. Segala sokongan yang anda berikan adalah sangat kami hargai. Itu saha...

69) Realiti "hustling life" ( bahagian 1 )

Assalamualaikum. Jadi hari ini saya nak menceritakan realiti "hustling life". Istilah ini bermaksud lebih kurang seperti hidup yang sibuk penuh dengan kerja. Istilah ini bagi saya adalah agak popular dikalangan semua usahawan tidak mengira umur. Ini adalah kerana usahawan biasanya hidup dalam keadaan sibuk dengan pekerjaan yang perlu mereka lakukan. Jadi peratusan besar dari masa seharian mereka dilaburkan dalam melakukan pekerjaan atau urusan. Itu adalah serba sedikit pengenalan bagi istilah ini. Sekarang kita akan membincangkan tentang realitinya. Realitinya ialah seperti yang saya katakan, masa anda akan banyak digunakan bagi melaksanakan pekerjaan, menyelesaikan urusan dan sebagainya. Anda akan berasa sungguh pendek 24 jam itu dalam masa sehari dan anda akan mengharapkan agar terdapat lebih masa dalam kehidupan seharian anda. Ini adalah kerana anda melakukan terlalu banyak perkara dan masa yang ada iaitu 24 jam berasa terlalu pendek. Anda mungkin merasakan bahawa memendek...

67) saya sudah siap buat google adsense

Assalamualaikum. Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda pengalaman saya melakukan bisnes ketika saya sedang belajar. Pada waktu rehat di institusi pendidikan yang saya hadiri, kadang-kala saya cuba untuk mengisi masa lapang saya dengan menulis blog saya. Saya agak malas sedikit namun saya cuba untuk menulis "content" yang berkualiti. Saya cuba ya. Boleh dikatakan saya seorang yang agak sibuk. Saya tidak tengok tv kerana saya memperuntukkan masa terluang saya untuk melakukan perkara yang bermanfaat seperti belajar ( mengulang kaji pelajaran ) atau berehat. Saya juga berehat. Walaupun "post" sebelum ini saya pernah berkata saya tidak pernah atau jarang berehat. Saya tak tahu sangat nak explain macam mana sama ada saya tipu atau tidak tentang hal ini. Saya hanya berkata-kata apa yang saya rasa benar. Maaf jika fakta yang saya berikan menyebabkan anda rasa bercanggah dengan kata-kata lama saya. Bagi saya berehat adalah penting namun janganlah berehat melampau-lampau....

Pengalaman saya melakukan bisnes ketika belajar

Assalamualaikum. Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda pengalaman saya melakukan bisnes ketika saya sedang belajar. Pada waktu rehat di institusi pendidikan yang saya hadiri, kadang-kala saya cuba untuk mengisi masa lapang saya dengan menulis blog saya. Saya agak malas sedikit namun saya cuba untuk menulis "content" yang berkualiti. Saya cuba ya. Boleh dikatakan saya seorang yang agak sibuk. Saya tidak tengok tv kerana saya memperuntukkan masa terluang saya untuk melakukan perkara yang bermanfaat seperti belajar ( mengulang kaji pelajaran ) atau berehat. Saya juga berehat. Walaupun "post" sebelum ini saya pernah berkata saya tidak pernah atau jarang berehat. Saya tak tahu sangat nak explain macam mana sama ada saya tipu atau tidak tentang hal ini. Saya hanya berkata-kata apa yang saya rasa benar. Maaf jika fakta yang saya berikan menyebabkan anda rasa bercanggah dengan kata-kata lama saya. Bagi saya berehat adalah penting namun janganlah berehat melampau-lampau....

Puasa pertama 2021

Assalamualaikum. Pada hari pertama puasa (2021) saya agak sibuk. Terdapat pelbagai tugasan yang perlu saya lakukan. Antaranya ialah membaca nota modul 3 giat mara, memohon kerja pengguna bahasa korea dan lain-lain. Namun, sejak pagi ( pagi tadi ) lagi saya telah merancang masa saya sepanjang hari apa yang perlu dilakukan. Keadaan ini memberikan kelebihan kepada saya iaitu saya dapat mengetahui apa yang saya perlu lakukan pada setiap jam seharian saya. Saya tidak yakin seberapa bagus pembahagian masa saya namun saya berfikir bahawa melakukan pembahagian masa lebih bagus daripada tidak membahagikan masa langsung. Saya tidak meletakkan masa untuk berehat langsung. Saya hanya meletakkan masa untuk melakukan solat fardhu dan sunat, makan dan sebagainya. Setakat ini sahaja perkongsian daripada saya. Kita bersambung perkongsian kita pada masa akan datang.

Monitor Komputer

Adakah komputer anda dapat digunakan jika tiada monitor? Jawabannya ialah komputer tidak dapat digunakan kerana tidak terdapat monitor untuk memaparkan kepada pengguna maklumat yang diproses oleh sistem komputer tersebut. Sekian perkongsian saya. Sedikit ilmu dari saya.

Pengalaman belajar di utm

Saya bermula belajar di utm pada tahun 2020. Pada masa pendaftaran saya memakai pelitup muka disebabkan oleh pandemik kovid. Saya berasa sangat takut. Ini adalah kerana disebabkan oleh kewujudan virus covid 19. Perjalanan saya adalah sangat berliku-liku. Saya berusaha keras bagi mencapai kejayaan. Antara kejayaan yang saya harapkan pada mulanya semasa memasuki utm adalah untuk menamatkan pengajian saya dengan segulung ijazah. Ijazah yang saya ambil adalah ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal. Ijazah ini saya ambil hasil dari nasihat emak saya. Saya berpendapat bahawa emak saya menyuruh saya untuk mengambil ijazah ini kerana saya sudah belajar ijazah ini sebelum ini di Korea Selatan. Saya juga memilih untuk memasuki utm kerana saya tinggal di kluang, johor dan jarak dari kluang ke skudai adalah tidak terlalu jauh ( di dalam johor juga dan utm terletak di skudai ). Saya mempunyai ramai kawan ketika melaksanakan pengajian saya di utm. Saya sebenarnya menulis post ini semasa waktu ke...

Kerjasama

Kerjasama adalah penting. Dalam sesebuah kerja perlukan teamwork setiap ahlinya. Semua ahli kumpulan ada idea, pendapat, cara dan sebagainya yang tersendiri. Justeru, saya berpendapat bahawa teamwork adalah sangat penting. Tambahan pula, lebih ramai ahli kumpulan adalah lebih baik jika sesuatu pekerjaan itu dilakukan secara teratur. Saya akan menyambung idea saya. Semoga bermanfaat.

Ketekalan

Ketekalan dalam bahasa inggeris bermaksud " consistency ".  Saya tahu mungkin tidak ramai mengetahui maksud ini. Begitu juga dengan saya, saya juga sebelum ini tidak mengetahui maksudnya. Saya mengetahuinya kerana saya mahu menulis blog tentang " consistency " namun ianya dalam bahasa inggeris dan saya tidak mengetahui apakah ia dalam bahasa melayu. Justeru saya mengambil keputusan untuk menterjemahnya menggunakan " google translate " dan dapatlah terjemahan " consistency " dalam bahasa melayu iaitu ketekalan. Itu adalah serba sedikit tentang bagaimana saya mengetahuinya. Berbalik kepada tajuknya iaitu " ketekalan ". Dalam kehidupan kita, kita perlu mempunyai ketekalan yang tinggi kerana ianya merupakan suatu sifat yang penting bagi menjadi seorang yang berjaya. Ketekalan dalam melakukan sesuatu bermaksud kita melakukan sesuatu itu pada setiap hari. Contohnya, tekal membaca buku 8 jam sehari setiap hari. Orang yang melakukan seperti ini...

Semangat untuk mendapatkan ilmu

Assalamualaikum. Selamat pagi. Dalam kehidupan ini kita perlu sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan. Seorang ustaz pernah berkata kepada saya yang kematian seorang yang berilmu adalah lebih mulia daripada kematian seorang yang selalu beribadat. Kalau salah kata-kata ini tolong komen di bawah. Mana tahu saya silap ke. Namun, kata-kata ini memberikan saya semangat untuk terus mendapatkan ilmu pengetahuan. Mana taknya, siapa sahaja yang tidak mahu jadi lebih mulia daripada orang yang banyak beribadah kan? Mestilah semua nak. Justeru, bukan saya sahaja. Namun, semua orang perlu berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan. Semangat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan adalah penting kerana terdapat pelbagai cabaran dalam mendapatkan ilmu pengetahuan. Antaranya ialah penat lelah. Berdasarkan pengalaman saya yang saya sedikit, menuntut ilmu adalah sangat memenatkan. Jika tiada semangat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, saya berpendapat bahawa seseorang itu akan cenderung untuk berputus asa daripada m...

Bersedekah

Assalamualaikum warrahmatullah hi wabarakatuh. Alhamdulillah Allah beri kita semua peluang untuk hidup satu hari lagi. Semoga Allah panjangkan umur kita. Bukan hanya sehingga hari ini sahaja kita hidup, kita berdoa-doalah supaya kita dipanjangkan umur. Dalam tulisan kali ini saya ingin berkata-kata tentang bersedekah. Bersedekah ini sebenarnya sesuatu yang senang dilakukan tetapi mungkin tidak ramai yang lakukan. Kejap ya saya akan sambung tulisan saya seketika kerana saya mula menulis blog ini di kedai makan ( kedai mamak )

Senyuman

Assalamualaikum. Teruskan hari anda dengan senyuman.  Senyuman itu sedekah. Tak rugi apa pun kalau senyum. Biasakanlah senyum kepada orang. Tapi berpada-padalah jangan jadi psycopath pulak macam joker. Bukannya kita nak jaga hati orang semata-mata. Tetapi dalam dalam kehidupan ini sesetengah perkara kita perlu jalankan sebagai seorang yang normal. Contohnya orang yang normal mandi setiap hari. Kita juga perlu mandi setiap hari. Senyuman anda boleh mengubah hari seseorang. Bayangkan jika anda bekerja di pejabat. Dan anda senyum kepada rakan sekerja anda. Begitulah anda setiap hari anda. Maka, anda secara keseluruhannya sekurang-kurangnya telah mengubah kehidupan di pejabat rakan sekerja anda. Jika anda sebelum ini kurang bersenyum, ubah lah diri anda dengan melatih diri anda untuk bersenyum kepada orang lain di sekeliling anda. Sebenarnya yang tadi hanyalah contoh. Sebolehnya bukan kepada rakan sekerja sahaja kita memberikan senyuman kita. Namun, ahli keluarga, jiran tetangga dan se...

Jangan berputus asa

Kita tidak mengetahui sampai bila kita akan hidup. Tapi kita berdoa-doalah yang  kita akan hidup lebih lama agar kita boleh lebih beribadah kepada Allah SWT. Jika kita hidup sehingga umur 100 tahun, kita sebenarnya mempunyai masa sebanyak 100 tahun untuk mengejar impian kita. Dalam kehidupan ini penuh dengan cabaran. Justeru, kita perlu bangun setiap kali kita jatuh dari kegagalan. Kegagalan sebenarnya membuatkan kita seorang yang berjaya. Masa yang ada kita jangan bazirkan. Berputus asa adalah perkara yang kita perlu elakkan dari berlaku. Setiap orang akan merasai perasaan untuk berputus asa. Sifat ini adalah normal bagi setiap manusia. Maafkan saya tadi saya sebenarnya terkeluar sikit dari topik perbincangan. Tapi tidak mengapa kerana saya rasa ia adalah perkara yg penting untuk dibincangkan. Dalam topik kali ini, perkara yang dibincangkan adalah tentang " Jangan Berputus asa ".

Keselamatan jalanraya

Dalam perjalanan ke sesuatu tempat, banyak perkara boleh berlaku seperti kemalangan. Saya bukannya mendoakan ianya untuk berlaku namun kita haruslah berjaga-jaga dan mengambil langkah-langkah supaya ianya tidak berlaku. Contohnya adalah dengan memakai tali pinggang keledar. Langkah ini diambil bagi mengurangkan kecederaan yang berlaku sekiranya berlaku kemalangan. Saya selalu mengingatkan anak buah saya untuk memakai tali pinggang keledar setelah memasuki kereta. Saya juga ingin mengingatkan anda semua untuk berlaku sedemikian. "Stay safe on the road". Hasil karya ini ditulis ketika saya dalam perjalanan dari rumah ke giat mara pagi ini (7/4/2021).

Cara-cara mengurus masa

Terdapat pelbagai cara-cara menguruskan masa. Antara cara-cara mengurus masa adalah dengan mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan dalam sesuatu hari tersebut.  Antara perkara yang sering dan patut dilakukan oleh seorang pelajar ialah belajar. Saya akan ulaskan lebih lagi cara menguruskan masa bagi seorang usahawan tapi mungkin dalam post yang akan datang. Berbalik kepada topik tadi, sebagai seorang pelajar, boleh dikatakan belajar selama mungkin merupakan perkara yang bagus. Justeru, masa yang ada dalam suatu hari seharusnya di "invest" dalam belajar. Itu sahaja dari saya setakat ini. Bateri phone saya nak habis. Jadi saya akan menyambung tulisan saya nanti. Diharapkan agar para pembaca blog saya dapat bersabar. Hehehehe.  Ditulis pada 7 april Sebenarnya, pada pendapat saya,  lebih banyak kita luangkan masa dengan belajar, lebih baik keputusan peperiksaan yang kita duduki. Jangan sia kan walaupun sesaat masa yang ada dengan melakukan perkara-perkara yang ti...