Semangat untuk mendapatkan ilmu
Assalamualaikum. Selamat pagi. Dalam kehidupan ini kita perlu sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan. Seorang ustaz pernah berkata kepada saya yang kematian seorang yang berilmu adalah lebih mulia daripada kematian seorang yang selalu beribadat. Kalau salah kata-kata ini tolong komen di bawah. Mana tahu saya silap ke. Namun, kata-kata ini memberikan saya semangat untuk terus mendapatkan ilmu pengetahuan. Mana taknya, siapa sahaja yang tidak mahu jadi lebih mulia daripada orang yang banyak beribadah kan? Mestilah semua nak. Justeru, bukan saya sahaja. Namun, semua orang perlu berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan. Semangat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan adalah penting kerana terdapat pelbagai cabaran dalam mendapatkan ilmu pengetahuan. Antaranya ialah penat lelah. Berdasarkan pengalaman saya yang saya sedikit, menuntut ilmu adalah sangat memenatkan. Jika tiada semangat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, saya berpendapat bahawa seseorang itu akan cenderung untuk berputus asa daripada menuntut ilmu. Pengalaman saya belajar ialah saya merupakan seorang yang sangat bersemangat ketika menuntut ilmu. Begitu juga anda. Anda perlu bersemangat untuk menuntut ilmu. Mencipta semangat dalam diri sendiri adalah merupakan salah satu langkah-langkah awal dalam menuntut ilmu. Sebelum menuntut ilmu, cuba untuk mencipta semangat yang berkobar-kobar dalam diri sendiri agar cabaran yang dihadapi ketika menuntut ilmu dapat dihadapi dengan baik. Semangat dapat dicipta dalam diri kita dengan pelbagai cara. Antaranya ialah dengan mengingatkan diri kita habuan yang kita boleh perolehi apabila berjaya. Contohnya apabila kita berjaya untuk menghabiskan ijazah sarjana muda, kita mampu untuk mendapatkan kerja yang mampu untuk mendapatkan kerja yang baik, mampu meraih gaji untuk diri sendiri mahupun ahli keluarga. Cara ini adalah cara yang selalu saya lakukan kerana saya sudah menjadikannya sebagai tabiat saya sejak saya kecil. Cara ini adalah dengan menulis apa yang saya bakal dapat di kertas menggunakan pen atau pensil jika saya berjaya mendapatkan sesuatu yang saya hendaki dengan berusaha. Itu sahaja dari saya setakat ini. Nantikan info dari saya dalam tulisan saya yang akan datang.
Comments
Post a Comment