114) Pengalaman belajar di utm ( bahagian 3 )
Salam. Saya akan menyambung perkongsian saya berkenaan dengan pengalaman saya dari bahagian 2.
Sebenarnya saya agak bergelut sebenarnya dengan pembelajaran saya. Ini adalah kerana saya tidak begitu menguasai tajuk-tajuk yang dipelajari di universiti seperti yang saya telah katakan di blog saya yang sebelum ini.
Saya juga merupakan seorang yang tidak lah berapa nak rajin. Keadaan ini menyebabkan saya lebih dipenuhi dengan masalah. Antara masalah yang saya hadapi ialah saya tidak dapat untuk memahami apa yang diajar oleh pensyarah ketika kuliah.
Saya telah cuba yang sebaik mungkin untuk memahami apa yang diajar. Antaranya ialah dengan menyalin nota di buku tentang apa yang ditulis oleh pensyarah di papan putih di hadapan kelas. Saya juga telah melakukan diskusi bersama rakan-rakan tentang perkara yang telah dipelajar di sesuatu hari tersebut.
Dalam subjek mechanics of machines and vibrations, saya ingat lagi yang saya telah melakukan diskusi bersama rakan saya. Dia merupakan seorang yang sangat membantu saya. Pada mulanya saya tidak memahami satu perkara pun tentang topik terbabit namun setelah diajar oleh rakan saya, saya telah memahami apa yang dipelajari. Topik yang dibincangkan terbabit merupakan topik bab 1. Pada ujian pertama yang merangkumi bab 1 dan bab 2 saya telah mendapat markah sebanyak setengah. Ia merupakan pencapaian yang agak membanggakan bagi saya kerana jika prestasi saya berterusan seperti ini saya mampu untuk mendapat keputusan lulus.
Saya akan bersambung perkongsian saya di bahagian 4.

Comments
Post a Comment