Ketekalan

Ketekalan dalam bahasa inggeris bermaksud " consistency ".  Saya tahu mungkin tidak ramai mengetahui maksud ini. Begitu juga dengan saya, saya juga sebelum ini tidak mengetahui maksudnya. Saya mengetahuinya kerana saya mahu menulis blog tentang " consistency " namun ianya dalam bahasa inggeris dan saya tidak mengetahui apakah ia dalam bahasa melayu. Justeru saya mengambil keputusan untuk menterjemahnya menggunakan " google translate " dan dapatlah terjemahan " consistency " dalam bahasa melayu iaitu ketekalan. Itu adalah serba sedikit tentang bagaimana saya mengetahuinya. Berbalik kepada tajuknya iaitu " ketekalan ". Dalam kehidupan kita, kita perlu mempunyai ketekalan yang tinggi kerana ianya merupakan suatu sifat yang penting bagi menjadi seorang yang berjaya. Ketekalan dalam melakukan sesuatu bermaksud kita melakukan sesuatu itu pada setiap hari. Contohnya, tekal membaca buku 8 jam sehari setiap hari. Orang yang melakukan seperti ini boleh dikatakan mempunyai ketekalan yang tinggi. 
         Sifat ini boleh dipupuk dalam diri setiap orang dengan melakukan latihan. Yang dimaksudkan dengan latihan adalah kita melakukan sesuatu perkara itu dengan usaha yang sedikit dahulu, kemudian kita menambah usaha kita sedikit demi sedikit. Sebagai contoh, kita mempunyai sasaran untuk membaca buku lapan jam sehari. Perkara ini bagi manusia biasa yang tidak biasa membaca merupakan perkara yang agak sukar untuk dilakukan. Justeru, langkah-langkah yang realistik perlu diambil seperti dengan bermula pada hari pertama dengan bacaan selama 30 minit dan pada hari esoknya ditambah lagi 30 minit menjadi 1 jam dan seterusnya. Hal ini adalah kerana kita perlu melatih diri kita untuk meningkatkan ketekalan kita. 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman belajar di utm

114) Pengalaman belajar di utm ( bahagian 3 )