Pengalaman belajar di utm
Saya bermula belajar di utm pada tahun 2020. Pada masa pendaftaran saya memakai pelitup muka disebabkan oleh pandemik kovid. Saya berasa sangat takut. Ini adalah kerana disebabkan oleh kewujudan virus covid 19. Perjalanan saya adalah sangat berliku-liku. Saya berusaha keras bagi mencapai kejayaan. Antara kejayaan yang saya harapkan pada mulanya semasa memasuki utm adalah untuk menamatkan pengajian saya dengan segulung ijazah. Ijazah yang saya ambil adalah ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal. Ijazah ini saya ambil hasil dari nasihat emak saya. Saya berpendapat bahawa emak saya menyuruh saya untuk mengambil ijazah ini kerana saya sudah belajar ijazah ini sebelum ini di Korea Selatan. Saya juga memilih untuk memasuki utm kerana saya tinggal di kluang, johor dan jarak dari kluang ke skudai adalah tidak terlalu jauh ( di dalam johor juga dan utm terletak di skudai ). Saya mempunyai ramai kawan ketika melaksanakan pengajian saya di utm. Saya sebenarnya menulis post ini semasa waktu kelas kadang kala. Justeru, saya akan menulis sedikit demi sedikit mengikut keluangan masa yang saya ada. Saya rapat dengan rakan sebilik saya. Dia orang selangor. Saya sangat mengagumi personaliti beliau kerana sangat menjaga solatnya. Dia juga rajin melakukan ulang kaji. Saya lebih tua berbanding dia. Lebih tua 2 tahun x silap saya. Dia dulu belajar diploma dalam kejuruteraan mekanikal di ipts mana saya tak tahu sangat. Saya dah lupa. Maklumlah saya belajar di utm pada tahun 2020. Dah lama saya tinggalkan utm. Kebanyakan rakan-rakan saya di utm berumur 2 tahun lebih muda dan dari kelulusan diploma. Saya akan sambung menulis di sini. Jadi nantikannya di blog saya.
Comments
Post a Comment