Pengalaman saya melakukan bisnes ketika belajar

Assalamualaikum. Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda pengalaman saya melakukan bisnes ketika saya sedang belajar. Pada waktu rehat di institusi pendidikan yang saya hadiri, kadang-kala saya cuba untuk mengisi masa lapang saya dengan menulis blog saya. Saya agak malas sedikit namun saya cuba untuk menulis "content" yang berkualiti. Saya cuba ya. Boleh dikatakan saya seorang yang agak sibuk. Saya tidak tengok tv kerana saya memperuntukkan masa terluang saya untuk melakukan perkara yang bermanfaat seperti belajar ( mengulang kaji pelajaran ) atau berehat. Saya juga berehat. Walaupun "post" sebelum ini saya pernah berkata saya tidak pernah atau jarang berehat. Saya tak tahu sangat nak explain macam mana sama ada saya tipu atau tidak tentang hal ini. Saya hanya berkata-kata apa yang saya rasa benar. Maaf jika fakta yang saya berikan menyebabkan anda rasa bercanggah dengan kata-kata lama saya. Bagi saya berehat adalah penting namun janganlah berehat melampau-lampau. Saya akan menulis tajuk "berehat" dalam tulisan saya yang akan datang. Insya Allah. Berbalik kepada topik "pengalaman saya melakukan bisnes ketika saya belajar", saya banyak melakukan perancangan masa. Saya rancang masa saya agar masa yang saya ada tidak terbuang dengan melakukan perkara yang tidak memberikan manfaat kepada diri saya. Saya merancang masa saya dengan menulis di aplikasi nota di telefon. Dengan merakamkan segala aktiviti yang saya lakukan, saya dapat mengetahui apakah yang saya bakal lakukan dalam sehari. Penulisan saya akan bersambung di bahagian kedua

Comments

Popular posts from this blog

Ketekalan

Pengalaman belajar di utm

114) Pengalaman belajar di utm ( bahagian 3 )