Puasa pertama 2021

Assalamualaikum. Pada hari pertama puasa (2021) saya agak sibuk. Terdapat pelbagai tugasan yang perlu saya lakukan. Antaranya ialah membaca nota modul 3 giat mara, memohon kerja pengguna bahasa korea dan lain-lain. Namun, sejak pagi ( pagi tadi ) lagi saya telah merancang masa saya sepanjang hari apa yang perlu dilakukan. Keadaan ini memberikan kelebihan kepada saya iaitu saya dapat mengetahui apa yang saya perlu lakukan pada setiap jam seharian saya. Saya tidak yakin seberapa bagus pembahagian masa saya namun saya berfikir bahawa melakukan pembahagian masa lebih bagus daripada tidak membahagikan masa langsung. Saya tidak meletakkan masa untuk berehat langsung. Saya hanya meletakkan masa untuk melakukan solat fardhu dan sunat, makan dan sebagainya. Setakat ini sahaja perkongsian daripada saya. Kita bersambung perkongsian kita pada masa akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Ketekalan

Pengalaman belajar di utm

114) Pengalaman belajar di utm ( bahagian 3 )