62) kerja korean speaker ( bahagian 1)

Jadi, tulisan saya pada kali ini ingin menceritakan tentang pekerjaan korean speaker .gaji yang ditawarkan adalah agak tinggi iaitu sekurang-kurangnya Ringgit Malaysia 4000. Kawan saya juga memberitahu bahawa kalau nak demand gaji atleast 4k sebab bawah daripada itu adalah dikira terlalu rendah.
Kawan saya beritahu saya sebab saya pernah memuat naik status di platform Linkedin yang saya ingin mencari pekerjaan. Mungkin ada kerja korean speaker yang menawarkan gaji yang rendah, namun bilangannya tidak banyak. Sebenarnya saya pernah menjumpai kerja tersebut yang menawarkan gaji yang rendah, namun saya tidak pasti "job scope"nya macam mana. Tak silap saya pekerjaan tersebut adalah sebagai chat support tak silap saya. Ianya menawarkan gaji sebanya lebih kurang 9000 ringgit malaysia setahun. Bahagi 12 untuk mendapatkan gaji sebulan iaitu 750 ringgit malaysia sahaja. Adakah pekerjaan yang ditawarkan terbabit berbaloi? Pada saya, saya tidak mampu untuk memberikan pendapat yang tepat kerana saya tidak melakukan kajian terhadapnya seperti berapa lamakah waktu pekerjaannya dan sebagainya. Namun bagi saya gaji yang ditawarkan adalah terlalu rendah sebenarnya.
     Antara "jobscope" pekerjaan ini ialah menjadi content reviewer. Tidak silap saya kerjanya ialah dengan menapis isi-isi yang kurang berseseuaian
yang berada di sosial media. Saya mengetahui informasi ini kerana saya banyak memohon pekerjaan dengan pelbagai syarikat. Jadi saya adalah sedikit pengalaman namun pengalaman saya adalah tidaklah terlalu banyak.
     Terdapat seorang rakan saya yang bekerja disebuah syarikat dan melakukan kolaborasi bersama google. Dia bekerja di Kuala Lumpur kalau tidak silap saya.
     Nanti saya akan menceritakan tentang pengalaman saya memohon pekerjaan korean speaker di dalam post bertajuk lain pada masa akan datang.
     Setakat ini sahaja perkongsian saya buat masa ini. Jika ada peluang kita jumpa lagi. Teruskan membaca blog saya. Jangan lupa untuk follow blog ini ya. Saya akan sambung penulisan tajuk ini di bahagian ke-2. Insya Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Ketekalan

Pengalaman belajar di utm

114) Pengalaman belajar di utm ( bahagian 3 )