72) Pengalaman belajar di korea ( bahagian 2 )
Assalamualaikum. Hari ini saya akan menyambung cerita saya dari bahagian 2. Saya ketika di Seoul National University, saya tinggal di rumah sewa dan bukannya di asrama SNU ( Seoul National University ) ya. Rumah sewa saya tidaklah begitu jauh dari SNU. Kedudukan rumah sewa hanyalah berhampiran dengan SNU. Harga sewa rumah adalah agak mahal. Kami sebenarnya tinggal di dalam rumah yang agak kecil bagi saya. Kami juga berkongsi bilik. Ini bermaksud bahawa 2 orang pelajar tinggal di satu bilik. Terdapat dapur, mesin basuh, meja belajar dan tempat tidur di rumah kami. Saya pun tak seberapa nak tahu sama ada nak panggil ia rumah ataupun bilik. Bagi pendapat saya juga ianya boleh dipanggil sebagai "oneroom ( 원룸 ) ". Jadi apakah itu "oneroom"? "Oneroom" sebenarnya adalah sebuah rumah mini yang tinggal oleh selalunya seorang penghuni sahaja. Setahu saya itulah definisinya. Kami sebagai pelajar SNU, kami menaiki bas, taxi, basikal atau berjalan kaki sahaja. Tak silap saya dengan berjalan kaki masa yang diambil untuk sampai ke destinasi adalah tidak begitu lama iaitu dalam 30 hingga 45 minit kalau tak silap saya. Ketika Foundation di SNU, saya telah membeli sebuah basikal untuk dikayuh untuk sampai ke SNU. Masa yang diambil untuk mengayuh basikal dari rumah sewa ke SNU adalah lebih kurang 15 minit tak silap saya.
Antara kerja rumah yang perlu saya lakukan sebagai sebagai pelajar adalah menghafal teks perbualan dalam bahasa korea dan perbendaharaan kata bahasa korea. Masa yang diberikan adalah sehari tidak silap saya. Namun, anda boleh membaca atau bersiap sedia dengan lebih awal. Ini kerana anda telah disediakan buku teks kepada anda oleh pihak universiti.

Comments
Post a Comment