Senyuman
Assalamualaikum. Teruskan hari anda dengan senyuman. Senyuman itu sedekah. Tak rugi apa pun kalau senyum. Biasakanlah senyum kepada orang. Tapi berpada-padalah jangan jadi psycopath pulak macam joker. Bukannya kita nak jaga hati orang semata-mata. Tetapi dalam dalam kehidupan ini sesetengah perkara kita perlu jalankan sebagai seorang yang normal. Contohnya orang yang normal mandi setiap hari. Kita juga perlu mandi setiap hari. Senyuman anda boleh mengubah hari seseorang. Bayangkan jika anda bekerja di pejabat. Dan anda senyum kepada rakan sekerja anda. Begitulah anda setiap hari anda. Maka, anda secara keseluruhannya sekurang-kurangnya telah mengubah kehidupan di pejabat rakan sekerja anda. Jika anda sebelum ini kurang bersenyum, ubah lah diri anda dengan melatih diri anda untuk bersenyum kepada orang lain di sekeliling anda. Sebenarnya yang tadi hanyalah contoh. Sebolehnya bukan kepada rakan sekerja sahaja kita memberikan senyuman kita. Namun, ahli keluarga, jiran tetangga dan sebagainya. Jom kita berikan senyuman kepada mereka. Kita mampu mengubahnya.
Comments
Post a Comment