53) cara untuk jadi konsisten dalam berusaha (bahagian 1)

     Terdapat pelbagai cara untuk jadi konsisten dalam berusaha. Dalam tajuk ini kita akan mengupas satu demi satu cara untuk jadi konsisten dalam berusaha.
      Antara caranya ialah dengan melatih diri kita untuk melakukan sesuatu usaha sedikit demi sedikit setiap hari. Sebagai contoh, usaha yang dapat kita lakukan ialah belajar. Cuba belajar setiap hari 15 minit. 15 minit ialah durasi yang tidaklah terlalu lama bagi saya. Cuba belajar selama 15 minit sehari setiap hari. Kemudian pada minggu kedua hari kemudian tambah lagi 15 minit menjadikan jumlah masa yang perlu dipelajari ialah 30 minit. Pada minggu kedua, naikkan masa pembelajaran selama 30 minit. Ulangi proses ini sehingga anda mencapai jumlah masa belajar yang maksimum dalam satu hari tanpa mengganggu masa tidur dan pengurusan diri.
     Cara seterusnya ialah dengan menjadualkan aktiviti seharian kita. Dengan mencipta dan merancang jadual seharian, kita sebenarnya telah mengetahui jumlah masa yang kita laburkan untuk melakukan sesuatu. Merancang sesuatu lebih awal adalah perkara yang sangat bagus kerana kita dapat mengetahui bagaimana kita menggunakan masa kita. Dengan merancang masa, kita dapat meninggalkan perkara yang tidak berfaedah sebelum ianya berlaku.
     Setakat ini sahaja perkongsian saya pada hari ini. Bahagian 2 bagi tulisan ini akan menyusul kemudian insya Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Ketekalan

Pengalaman belajar di utm

114) Pengalaman belajar di utm ( bahagian 3 )