74) Adakah saya keyboard warrior? ( bahagian 1)

Assalamualaikum. Jadi hari ini saya bakal membincangkan tajuk " Adakah saya keyboard warrior?". Terus terang jawapannya ialah bukan. Ini adalah kerana definisi istilah terbabit tidak kena dengan cara pembawakkan saya di alam maya. Sebenarnya berdasarkan kajian singkat yang telah saya lakukan, istilah " keyboard warrior " ini adalah suatu istilah yang sangat negatif bagi saya. Sebelum saya lakukan kajian ini, saya ingatkan bahawa saya adalah seorang " keyboard warrior " namun setelah mengetahui definisi istilah terbabit saya bertukar fikiran. Saya bukanlah seorang " keyboard warrior". Saya tidak melakukan perkara yang negatif di laman sesawang ataupun internet. Saya hanya menyebarkan manfaat berbentuk kata-kata positif dan sebagainya kepada orang ramai. Walaupun saya banyak banyak menggunakan keyboard secara aktif, namun saya bukanlah " keyboard warrior ". Kepada semua orang di sana jauhkanlah diri anda dari menjadi seorang " keyboard warrior " kerana bagi saya ianya merupakan sesuatu perkara yang patut kita jauhkan sama sekali. Bagaimana untuk mengetahui bahawa anda adalah merupakan seorang "keyboard warrior"? Bagi saya kayu pengukurnya ialah kita perlu sedar apakah yang sering kita lakukan di alam maya. Adakah ianya positif ataupun negatif? Jadi yang mengeluarkan kata-kata negatif di alam maya itu perlulah sedar diri yang anda telah melakukan kesilapan. Saya juga memberi peringatan kepada anda di luar sana juga adalah untuk diri saya sendiri. Saya bukanlah seorang yang sempurna. Saya juga melakukan kesilapan. Saya hanyalah seorang manusia biasa. Seperti yang kita ketahui, manusia itu cenderung untuk melakukan kesilapan. Namun kesilapan yang agak-agak akan berlaku di masa hadapan perlulah di elakkan dengan sebaiknya. Kita mampu mengubahnya kerana kitalah yang melakukan sebarang tindakan menggunakan tubuh badan kita.

Comments

Popular posts from this blog

Ketekalan

Pengalaman belajar di utm

114) Pengalaman belajar di utm ( bahagian 3 )