92) Pengalaman saya bergotong royong menyediakan bahan-bahan bagi memasak bubur lambuk (bahagian 1)
Hari ini saya bakal bergotong royong menyediakan bahan-bahan bagi memasak bubur lambuk. Jadi saya akan menceritakan pengalaman saya. Pada pagi tadi, kami ( pelatih giatmara) dimaklumkan bahawa aktiviti gotong-royong bakal dilaksanakan bersama pada pukul 10 pagi hari itu.
Saya membawa pisau dan papan pemotong ke giat mara. Emak saya lah yang telah membantu saya untuk menyediakan peralatan memasak terbabit. Pisau saya mempunyai sarung sebagai langkah-langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kecederaan daripada berlaku.
Namun, saya terlupa bahawa pisau itu berada di dalam beg saya. Saya tidak menggunakannya langsung.
Para pelajar dan tenaga pengajar bergabung tenaga bergotong-royong menyediakan bahan untuk memasak bubur lambuk. Antara pekerjaan yang dilakukan ialah memotong bawang, daun ketumbar dan sebagainya.
Pada pagi tersebut, saya ada masuk bilik kuliah namun cikgu memanggil untuk kami (pelajar) untuk membantu untuk mengangkat barang. Bila saya keluar dari bilik kuliah saya terlihat seperti cikgu akan memasak bubur lambuk. Saya agak terkejut kerana berdasarkan perancangan asal, aktiviti memasak hanya akan dilakukan pada keesokan harinya.
Seperti yang telah saya katakan, saya nampak cikgu memasak sesuatu. Apa yang dimasak oleh cikgu sebenarnya ialah bawang goreng tidak silap saya.
Kami menunggu bawang siap digoreng di bilik kuliah manakala beberapa orang kali menggoreng bawang. Itu sahaja untuk tajuk ini

Comments
Post a Comment