Keselamatan jalanraya
Dalam perjalanan ke sesuatu tempat, banyak perkara boleh berlaku seperti kemalangan. Saya bukannya mendoakan ianya untuk berlaku namun kita haruslah berjaga-jaga dan mengambil langkah-langkah supaya ianya tidak berlaku. Contohnya adalah dengan memakai tali pinggang keledar. Langkah ini diambil bagi mengurangkan kecederaan yang berlaku sekiranya berlaku kemalangan. Saya selalu mengingatkan anak buah saya untuk memakai tali pinggang keledar setelah memasuki kereta. Saya juga ingin mengingatkan anda semua untuk berlaku sedemikian. "Stay safe on the road". Hasil karya ini ditulis ketika saya dalam perjalanan dari rumah ke giat mara pagi ini (7/4/2021).
Comments
Post a Comment