95) Kehidupan seorang blogger ( bahagian 2)

    Abang saya sendiri telah meminta saya untuk menulis untuk bahagian yang kedua. Saya telah membaca bahagian 1. Saya dapati bahawa tulisan saya itu agak pendek. Tidak banyak info yang diberikan justeru saya akan sambung menulis tentang tajuk ini sekali lagi. Namun saya dengan harapnya tidak mengulangi isi yang berada di bahagian sebelum ini. Saya sangat berharap agar abang saya dan kalian membaca tulisan saya pada kali ini.
     Sebagai penulis blog, saya sememangnya menghabiskan masa yang tidak terlalu lama untuk menulis blog. Boleh dikatakan bahawa saya selalunya mengambil masa selama 30 minit untuk menulis blog atau lebih lama. Samada saya mempunyai idea atau tidak saya tetap akan menulis. Namun jika saya ada pelbagai idea untuk menulis, saya akan menghabiskan lebih masa untuk menulis blog. Kadang-kadang pula saya menghabiskan masa yang lebih dari biasa. Justeru, tidak dapat dijangka sangat berapa lama saya habiskan masa untuk menulis blog.
     Saya jadikan penulisan blog sebagai hobi saya. Ini adalah kerana saya sangat meminati pekerjaan menulis blog. Bagi saya perkara ini sangat memberi manfaat kepada saya kerana saya mampu untuk mendapatkan duit sampingan selain daripada dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Saya rasa lah saya dapat duit sampingan. Saya belum betul-betul tahu dapat lagi atau tidak. Saya akan menulis blog berkenaan dengan tajuk ini di post yang akan datang. Nantikannya.
     Kadang-kala saya tidak mempunyai idea untuk menulis. Keadaan ini tidak memutuskan harapan saya. Saya tulis sahaja dahulu tajuk-tajuk yang telah saya huraikan di nota telefon saya. Saya sebenarnya telah terlebih dahulu telah memikirkan isi-isi yang bakal saya tulis di blog saya. Saya juga telah menulis siap-siap apa yang perlu ditulis terlebih dahulu di aplikasi nota telefon. Keadaan ini menyebabkan saya nampak lebih bersedia dan konsisten memuat naik blog post yang baharu.
     Setakat ini sahaja untuk blog post kali ini. Saya akan menyambung tulisan saya pada post yang akan datang. Nantikan bahagian 3 dalam tajuk ini. Insya Allah.

Comments