4) Pengalaman belajar di korea ( bahagian 1 )
Assalamualaikum. Hari ini saya akan berkongsikan tentang pengalaman saya belajar di korea. Dalam tulisan ini saya juga akan menulis tentang pengalaman saya hidup di korea selatan. Seperti semua orang, saya juga teringin untuk berada di luar negara. Justeru, saya telah membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran saya di korea selatan. Mengapa saya memilih korea selatan? Ini adalah kerana disebabkan persaingan sengit yang bakal berlaku antara pelajar-pelajar yang menduduki spm. Mestilah ramai yang akan mendapat keputusan cemerlang. Justeru, saya mengambil keputusan untuk tidak memilih negara-negara yang disasar oleh pelajar yang lebih cemerlang daripada saya iaitu negara eropah dan amerika selatan antaranya. Saya mula belajar di korea selatan pada tahun 2015 iaitu dengan mengambil kursus Foundation. Nama Foundation saya sebenarnya saya tidak ingat sebab tiada nama khusus untuknya jika saya tidak silap. Mengetahui nama kursus yang saya ambil bagi saya adalah tidaklah begitu penting. Saya mengambil Foundation di universiti bernama " Seoul National University ". Untuk pengetahuan anda university ini adalah university yang terbaik di Korea Selatan dan antara university yang terbaik di dunia. Saya telah mendapat pelbagai pengalaman di sini. Antaranya saya telah belajar untuk menjadi rajin. Pada pemerhatian saya, orang korea lebih suka memberi yang terbaik dan mahukan yang terbaik dari orang lain. Justeru, saya akan memberikan yang terbaik. Semasa di program Foundation, saya telah diberikan kerja rumah yang agak banyak bagi saya. Keadaan ini telah menjadikan saya lebih rajin. Alhamdulillah sifat ini dapat saya kekalkan sehingga kini.
Comments
Post a Comment