93) Pengalaman saya bergotong royong memasak bubur lambuk (bahagian 1)

Pada 20 April 2021, pihak pengurusan giat mara kluang telah bersetuju untuk melaksanakan aktiviti memasak bubur lambuk. Justeru pada hari terbabit kami, pelajar dan tenaga pengajar telah bertungkus lumus untuk memasak bubur lambuk.
     Aktiviti bermula pada pukul 8 pagi sebaik sahaja selepas perbarisan harian tamat. Semua pelajar berbaris di tingkat 3 di bangunan giatmara setiap hari pada bulan ramadhan. Bilik kuliah terletak di tingkat tersebut. Semalamnya barang-barang telah diangkut dari tingkat 1 ke tingkat 3 untuk digunakan. Apabila sudah digunakan peralatan-peralatannya disimpan di dalam bilik kuliah.
     Kami memasak bubur lambuk di tingkat pertama (tingkat paling bawah) berdekatan dengan kantin. Tangga berhampiran dengan kantin telah dibuka untuk memudahkan pergerakan pelajar dan tenaga pengajar untuk turun dan naik tangga.
     Setelah bubur lambuk siap dimasak, makanan terbabit diagihkan kepada para pelajar. Kemudian dengan pengawasan tenaga pengajar, makanan telah diagihkan oleh para pelajar kepada pemandu-pemandu kereta yang sedang menunggu trafik. Bangunan giatmara terletak di sebelah traffic light.
     Aktiviti habis pada pukul 2 setengah petang dan kami balik awal dari giat mara. Pada hari terbabit tidak berlaku sebarang aktiviti pembelajaran formal.

Comments

Popular posts from this blog

Ketekalan

Pengalaman belajar di utm

114) Pengalaman belajar di utm ( bahagian 3 )