69) Realiti "hustling life" ( bahagian 1 )
Assalamualaikum. Jadi hari ini saya nak menceritakan realiti "hustling life". Istilah ini bermaksud lebih kurang seperti hidup yang sibuk penuh dengan kerja. Istilah ini bagi saya adalah agak popular dikalangan semua usahawan tidak mengira umur. Ini adalah kerana usahawan biasanya hidup dalam keadaan sibuk dengan pekerjaan yang perlu mereka lakukan. Jadi peratusan besar dari masa seharian mereka dilaburkan dalam melakukan pekerjaan atau urusan. Itu adalah serba sedikit pengenalan bagi istilah ini. Sekarang kita akan membincangkan tentang realitinya. Realitinya ialah seperti yang saya katakan, masa anda akan banyak digunakan bagi melaksanakan pekerjaan, menyelesaikan urusan dan sebagainya. Anda akan berasa sungguh pendek 24 jam itu dalam masa sehari dan anda akan mengharapkan agar terdapat lebih masa dalam kehidupan seharian anda. Ini adalah kerana anda melakukan terlalu banyak perkara dan masa yang ada iaitu 24 jam berasa terlalu pendek. Anda mungkin merasakan bahawa memendekkan waktu atau masa tidur anda sebagai suatu idea yang bagus. Namun anda akan tersedar bahawa berlaku sedemikian hanya akan memberikan pelbagai kesan negatif kepada diri anda. Antara kesan negatif ialah dari segi kesihatan. Antara artikel yang pernah saya baca ialah orang yg hidup lama adalah orang yang tidur dengan secukupnya. Begitu juga sebaliknya.
Anda akan melakukan perancangan yang banyak namun anda besar kebarangkalian akan tidak mampu untuk menyelesaikan segala pekerjaan yang anda rancangkan. Sesungguhnya manusia yang ingin berjaya ini akan melakukan perancangan yang sebaiknya untuk berjaya. Justeru, terdapat pelbagai rancangan yang dilakukan. Rancangan yang gagal dilakukan mungkin adalah disebabkan oleh pelbagai faktor. Nantikan sambungan di bahagian kedua.

Comments
Post a Comment