76) Pengalaman di utm ( bahagian 2 )

     Assalamualaikum. Hari ini saya akan menyambung perkongsian saya semasa saya belajar di utm. Terdapat banyak lagi yang saya ingin saya sampaikan kepada anda.
     Saya mengambil 6 subjek pada semester pertama saya di utm. Antara subjek-subjek yang saya ambil ialah thermodinamik 2, mechanicof machine and vibration, electrical technology, fluid mechanics 2, engineering drawing dan experimental method. Maaf saya menulis nama subjek yang saya ambil di dalam bahasa inggeris. Ini adalah kerana saya tidak pasti apakah nama subjek-subjek tersebut di dalam bahasa melayu. Sebenarnya saya tidaklah mahir dalam kesemua subjek tersebut. Namun bagi saya apa yang penting ialah saya telah melakukan yang terbaik. Disebabkan saya tidak begitu mahir dalam subjek-subjek tersebut, saya tidak pasti bagaimana harus diulaskan tentangnya. Jadi, saya ingin berminta maaf kepada pembaca yang ingin mengetahui isi kandungan subjek yang saya ambil.
     Saya tahu mungkin ada pembaca yang baru sahaja habis spm dan sedang berfikir untuk memasuki bidang mana yang sesuai untuk anda. Nasihat saya ialah, jangan mengambil program yang sukar seperti kejuruteraan jika tidak minat, tidak menguasai asas-asas sains dan matematik yang diperlukan, tidak yakin dengan diri sendiri dan lain-lain sebab yang berkenaan.
     Saya akan meneruskan penulisan blog saya dalam blog post yang akan datang. Nantikan blog post ini yang bertajuk sama namun pada bahagian yang ke-3. Insya Allah. 

Comments

Popular posts from this blog

Ketekalan

Pengalaman belajar di utm

114) Pengalaman belajar di utm ( bahagian 3 )