2) Cara untuk memotivasikan diri sendiri (bahagian 1)

2) Cara untuk memotivasikan diri sendiri (bahagian 1)

     Assalamualaikum. Hari ini saya akan berkongsi tentang cara untuk memotivasikan diri sendiri. Sebagai peringatan, perkongsian yang dilakukan oleh saya hanya lah dari sudut pandangan dan pendapat saya semata-mata di tulisan saya yang kali ini. Tanpa melengahkan masa, mari kita mulakan perkongsian kita pada kali ini.
      Cara pertama ialah dengan merancang masa dengan sebaiknya. Adalah saya nasihatkan untuk anda melakukan perangcangan di awal hari tentang apa yang perlu dilakukan pada hari berkenaan. Rutin saya yang anda boleh ikut ialah, pada bulan puasa (tulisan kali ini ditulis pada bulan umat islam berpuasa iaitu pada bulan ramadhan), saya bangun pada pukul 5 pagi sejurus saya bangun saya sahur makan makanan yang mengenyangkan secara bersederhana dan berkhasiat (adalah disarankan untuk mengambil makanan yang berkhasiat bagi menjaga kesihatan anda. Saya akan menulis blog bertajuk "makanan berkhasiat" pada tulisan yang akan datang). Anda juga dinasihatkan untuk meminum air yang anda rasakan cukup bagi membantu anda tidak meminum air sepanjang waktu berpuasa. Meminum air yang secukupnya adalah sangat penting. Kemudian, saya akan mandi. Selepas mandi, saya akan solat subuh( selepas mandi ambil wuduk). Selepas solat subuh saya akan membaca surah yasin. Dan selepas bacaan yasin saya akan merancang masa saya. Cara merancang masa ialah dengan menulis aktiviti kita bermula pada pagi iaitu kita bangun hinggalah sehingga kita tidur. Pada setiap aktiviti kita perlu tulis masa yang dianggarkan untuk melakukan aktiviti tersebut.
     Setakat ini sahaja perkongsian saya. Saya akan menyambung perkongsian saya pada masa yang akan datang Insya Allah. Teruskan untuk membaca blog saya. Sila follow dan comment blog saya ini. Sekian terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Ketekalan

Pengalaman belajar di utm

114) Pengalaman belajar di utm ( bahagian 3 )