145) Sasaran yang saya letakkan pada tahun 2021 (bahagian 1)

     Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini saya akan membincangkan topik yang pada pendapat saya tidak membosankan namun tidak menghiburkan. Tajuk tulisan pada kali ini ialah "sasaran yang saya letakkan pada tahun 2021 bahagian 1". Saya akan menulis secara santai bagi tajuk ini. Dan harapkan agar anda mendapat idea untuk sasaran pada tahun ini. Walaupun kini sudah bulan mei (pada masa blog ini ditulis) namun bagi saya adalah belum terlambat lagi untuk memikirkan tentang sasaran yang ingin dicapai pada tahun 2021. Pada awal tahun 2021 sebenarnya saya tidak meletakkan sebarang sasaran. Saya agak kesali tindakan saya. Tanpa melengahkan masa mari kita teruskan perkongsian kita.
     Isi pertama ialah, saya akan menghabiskan pendidikan kemahiran saya di Giat MARA kluang. Buat pengetahuan semua saya mempelajari bidang teknologi sistem komputer. Saya akan cuba melakukan terbaik melakukan semua tugasan yang diberikan dengan cemerlang. Saya juga cuba untuk melakukan ulang kaji sekerap yang mungkin kerana terdapat pelbagai yang perlu dipelajari dalam bidang kemahiran. Saya akan menulis blog bertajuk "Pengalaman menceburi bidang kemahiran".
     Setakat ini sahaja perkongsian saya. Saya akan menyambung perkongsian saya pada masa yang akan datang Insya Allah. Teruskan untuk membaca blog saya. Sila follow dan comment blog saya ini. Sekian terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Ketekalan

Pengalaman belajar di utm

114) Pengalaman belajar di utm ( bahagian 3 )