129) sifat-sifat orang yang berjaya (bahagian 2)

     Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada tulisan kali ini saya bakal berkongsi lagi tentang sifat-sifat orang yang berjaya dari bahagian 1. Jika anda belum membaca bahagian 1, anda dinasihatkan untuk membaca bahagian 1 dahulu sebelum baca bahagian yang terkemudian. Tanpa melengahkan masa kita akan mulakan perkongsian kita.
     Sifat yang ada pada orang yang berjaya ialah mereka mempunyai motivasi yang tinggi. Mereka juga mampu meningkatkan motivasi diri mereka tatkala motivasi mereka berada pada paras yang rendah. Saya percaya bahawa sifat motivasi yang tinggi adalah diperlukan untuk seseorang berjaya di masa yang akan datang. Selalunya jika seseorang itu mampu memberikan kata-kata motivasi kepada orang lain, orang yang memberikan kata-kata motivasi tersebut adalah seorang yang bermotivasi tinggi. Selain itu, bagi meningkatkan motivasi diri kita, adalah saya sarankan untuk bukan sahaja untuk memberikan motivasi kepada diri kita malah kita turut perlu memberikan motivasi kepada orang lain. Jadi ini adalah antara cara untuk memotivasikan diri kita. Kita perlu praktiskan perkara ini agar kita menjadi seorang yang bermotivasi.
     Setakat ini sahaja perkongsian saya. Saya akan menyambung perkongsian saya pada masa yang akan datang Insya Allah. Teruskan untuk membaca blog saya. Sila follow dan comment blog saya ini. Sekian terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Ketekalan

Pengalaman belajar di utm

114) Pengalaman belajar di utm ( bahagian 3 )