110) kehidupan yang berkualiti ( bahagian 1)
Pada hari ini kita akan membincangkan tajuk kehidupan yang berkualiti. Setiap orang mempunyai idea mereka yang berbeza berkenaan dengan tajuk kita pada kali ini. Namun, saya akan menceritakan pandangan saya.
Pada pendapat saya kehidupan yang berkualiti berlaku apabila kita menggunakan masa kita dengan baik. Kita tidak membazirkan masa kita dalam erti kata yang lain. Antara perkara-perkara yang menjadi penyebab pembuangan masa adalah terlalu banyak menggunakan sosial media seperti instagram, facebook dan sebagainya, tidur terlalu lama, melepak dengan rakan-rakan tanpa kepentingan yang munasabah dan sebagainya. Terdapat beberapa "sebab-sebab mengapa kita membuang masa". Saya akan mengulas tentang perkara ini di tulisan yang akan datang Insya Allah. Berbalik kepada topik yang asal, masa yang digunakan dengan baik sebenarnya bukan sahaja memberikan faedah kepada kita sahaja malahan juga memberikan manfaat kepada orang lain juga. Sebagai contoh, jika kita menjadi jurubank, kita berupaya untuk menguruskan duit orang lain. Justeru, duit orang terbabit dapat diuruskan dengan baik samada untuk disimpan, dilaburkan atau sebagainya. Penggunaan masa yang sebaiknya seperti ini sebenarnya telah membantu untuk memberikan manfaat atau faedah kepada kedua-dua pihak yang terbabit.
Setakat ini sahaja perkongsian saya. Saya akan menyambung perkongsian saya pada masa yang akan datang Insya Allah. Teruskan untuk membaca blog saya. Sila follow blog saya ini. Sekian terima kasih.

Comments
Post a Comment